Friday, October 15, 2010

MAJLIS ALUMNI BBQ PSSCM-KPL 2010

22.05.2010
Majlis Alumni BBQ PSSCM-KPL
Swimming Pool Kondo Sri Palma, Mantin, Negeri Sembilan.

Alhamdu'lillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana dapat menjayakan majlis Alumni BBQ PSSCM-KPL buat julung kalinya. Perancangan majlis ini diutarakan oleh ahli-ahli senior PSSCM-KPL supaya dapat dizahirkan pada tarikh tersebut. Majlis ini bertujuan untuk merapatkan atau memperkenalkan kembali hubungan antara ahli yang baru dan lama. Segala perancangan dan gerak kerja telah dilakukan bersama-sama secara teratur dan lancar.

Penyediaan tempat makan dan juga makanan dimulakan seawal jam 5 petang oleh ahli dari KPL di Kondo Sri Palma. Majlis dimeriahkan dengan lagu-lagu klasik dari meja pendaftaran di pintu masuk swimming pool tersebut. Lebih kurang 20 ahli senior, 40 ahli baru dan 10 ahli dan tenaga pengajar dari cawangan dapat hadir pada malam tersebut.

Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh pengacara majlis dan diteruskan dengan bacaan doa dan jamuan makan. Antara menu pada malam tersebut ialah Kambing, Ayam, Udang, Sosej, Cocktail, Buah-buahan dll. Selepas sesi makan, para ahli dijemput berkumpul untuk sesi suai kenal antara ahli yang lama dan baru. Pada malam tersebut majlis turut meraikan hari lahir salah seorang ahli baru yang dikenali sebagai "Uda". Majlis tersebut telah diselitkan dengan sesi pengisian oleh Ketua Penerangan Negeri, En Mohd Radzif dan juga En Ikmal Hisham. Sedikit penghargaan dan souvenir diberikan setiap ahli yang hadir. Majlis berakhir pada jam 12 malam.

Antara Sedutan Gambar pada malam tersebut :




*Tahniah kepada Khairizan Tarmizi serta jawatan kuasa beliau kerana berjaya menjayakan majlis yang gemilang ini.
*Tidak lupa kepada Ahli Senior dan Cawangan yang sudi datang dari jauh untuk menjayakan dan memeriahkan majlis ini.

Terima Kasih

No comments: