Monday, January 4, 2010

Karnival Wajadiri IPT Kebangsaan ke-3

12 Disember 2009

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah menghantar wakil daripada Kelas Latihan Kumpulan Pendidikan Legenda untuk menyertai Karnival Wajadiri IPT Kebangsaan ke-3, Pertandingan Persembahan Seni Silat Cekak Malaysia bertempat di Kampus Puncak Alam, UiTM Shah Alam.

Seramai 10 Ahli dari Kumpulan Pendidikan Legenda telah dipilih untuk mewakili Kumpulan Pendidikan Legenda ke kejohanan tersebut.
Seramai 32 pasukan daripada 24 IPTA/IPTS telah menyertai kejohanan tersebut.
Kejohanan dijalankan selama 2 hari 1 malam.
Kategori 1,2 dan 3 dijalankan pada 12hb dan kategori 4 dijalankan pada 13hb.
Majlis Makan Malam Perdana diselitkan dalam aturcara kejohanan tersebut.

Penghargaan:
Terima kasih diucapkan kepada ahli yang datang memberi sokongan.
Terima kasih diucapkan kepada En. Hafize b Samsudin
Terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar Legenda
Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Negeri Sembilan
Sungguhpun Kumpulan Pendidikan Legenda tidak dapat memungut pingat, ianya dapat memberikan kami pengalaman yang cukup hebat.




untuk keputusan penuh kejohanan sila klik link dibawah


Terima Kasih

No comments: