Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

LAPORAN MAJLIS MESYUARAT AGUNG PSSCMCNSKPL KALI KE-8 2011




Mesyuarat agung ini di adakan bertujuan untuk melantik exco-exco baru bagi menggantikan exco yang lama bagi meneruskan kesinambungan pentadbiran PSSCMKPL bagi penggal berikutnya.



Butir-butir Mesyuarat Agung PSSCM-KPL Ke -8:

    Tarikh : 20 Disember 2011
    Tempat : DKA 1/1
    Masa : 8.30 malam

Agenda yang di bentangkan semasa mesyuarat agung adalah sepeti berikut:
  1. Perlantikan Pengerusi Mesyuarat Sementara MAT PSSCMCNS-KPL kali ke-7
  2. Kata – kata aluan dari Pengerusi Mesyuarat Sementara MAT PSSCMCNS-KPL kali ke-7
  3. Perlantikan Setiausaha Sementara sebagai Pencatat Minit Mesyuarat
  4. Meluluskan dan mengesahkan Minit Mesyuarat MAT PSSCMCNS-KPL kali ke-7
  5. Menerima laporan aktiviti PSSCMCNS-KPL bagi sesi 2011
  6. Menerima laporan penyata kewangan PSSCMCNS-KPL bagi sesi 2011
  7. Bersetuju menerima, menerima pakai dan meluluskan serta mengesahkan segala tindakan dan keputusan yang telah diambil oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PSSCMCNS-KPLyang diadakan sepanjang sesi 2011 yang diadakan sebelum MAT PSSCMCNS-KPL kali ke-7
  8. Pengisytiharan Pembubaran Jawatankuasa Kerja ( JKK ) PSSCMCNS – KPL
  9. Perlantikan AJK PSSCMCNS-KPL yang baru bagi sesi 2011
  10. Membincangkan usul-usul berbangkit
  11. Ucapan penangguhan


Perlaksana Majlis

Pengerusi Majlis

Encik Muhd Syarif Ting Bin Sufyan Ting
Cik Noor Aiza bte Zainuddin

Pengerusi Mesyuarat
Encik Mezio Mezza Haqim Bin Mahhiszan

Pencatat Minit Mesyuarat
Cik Mahanum Bte Hassan
Cik Farah Adilah bte Mohd Fauzi




Barisan Exco Tertinggi bagi tahun 2011:

YDP PSSCMNSKPL
Encik Khairizan Tarmizi Bin Taufek

Naib YDP PSSCMNSKPL
Encik Mohd Fakri Bin Che Aziz

Setiausaha
Cik Nurul Nadiah Binti Md Dhani

Bendahari
Cik Nur Farhana Binti Madio

Ketua Penerangan
Encik Khairul Anwar Bin Ibrahim


Sub-Exco bagi tahun 2011

Naib Setiausaha: Farah Adilah bte Mohd Fauzi, Naib Bendahari: Nur Izny Dyana bte Yahya, 
Penolong Ketua Penerangan: Nur Illyana bte Khalid, AJK Disiplin: Noorazwanshah bin Noorazmi, AJK Kudapan: Mariati bte Md Saad, AJK Peralatan: Hazmi Bin Samad, 
AJK Media: Khairul Azman bin Zainal


Semoga Exco-exco yang dilantik bagi penggal 2011 ini dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh istiqamah, insyaAllah






Terima Kasih

Friday, December 9, 2011

KONVOKESYEN PSSCM 2011 ( ZON TIMUR )

Pada 19 November 2011 yang lalu, Majlis Konvokesyen PSSCM 2011 (Zon Timur) telah diadakan bertempat di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu. Majlis tersebut diadakan bagi menyerahkan sijil kepada lebih kurang 200 orang pengambil sijil rendah yang hadir dari zon timur dan zon selatan. Perjalanan ahli cawangan Negeri Sembilan ke Terengganu telah dimulakan dari Ibu Pejabat PSSCM Negeri Sembilan pada hari Jumaat jam 12pm dan tiba ke tempat penginapan lebih kurang jam 10pm hari yang sama.   

Pada hari kejadian, majlis telah dimulakan dengan istiadat perarakan masuk guru utama lebih kurang pada jam 9.30 pagi dan diakhiri lebih kurang pada jam 12.30 tengahari dengan istiadat perarakan keluar. Kesemua 25 pengambil ujian kemahiran cawangan Negeri Sembilan telah lulus kedua-dua ujian teori dan prektikal dimana 15 daripadanya adalah ahli dari kelas Kumpulan Pendidikan Legenda. Dua orang ahli dari Kumpulan Pendidikan Legenda berjaya memperoleh sijil lulus kepujian bagi mewakili cawangan Negeri Sembilan. 

Disebelah petangnya telah diadakan Forum Perdana bertajuk "Cekak Sebagai Cara Hidup" diikuti ucapan Perasmian Penutup oleh YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah selaku Guru Utama dan Presiden, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Majlis secara rasminya berakhir pada jam 6.30 petang dengan bacaan Selawat Badriyyah dan jamuan petang. 


Terima Kasih

Aktiviti Sepanjang Tahun 2011

Senarai Aktiviti Sepanjang tahun 2011:


BULAN
AKTIVITI

JANUARI  
         AGM 2010
           Kem interaksi Sg.Congkak,Selangor
           Kursus Jenazah
          Kursus Pentadbiran 2011
FEBRUARI
CUTI SEMESTER
MAC
          Open Booth
APRIL
           Demonstrasi di KPM
          Majlis Ijazah
           Team Buliding bersama miss Rahiza

MEI
          Ujian Sijil Rendah
          Demo Hari Belia
          BBQ
           Penyerahan parang lading

JUN
          Open booth & majlis ijazah
JULAI
           Demo Perdana di Batang Kali
          Demo Culture Week KPL
OGOS
           Open booth
           Majlis ijazah
SEPTEMBER
          Majlis hari raya kpl
         Majlis hari raya cawangan
OKTOBER
          Bowling tournament
NOVEMBER
         Majlis ijazah
DISEMBER
          Camping malam penghargaan bersama miss
         AGM 2011
           Camping tahunan di Melaka


Terima Kasih

Perkhemahan (gabungan 4 kelab)



Tarikh: 3 dan 4 Disember 2011
Tempat: Port Dickson
Peserta: Ahli PSSCM-KPL, Ahli Bowling Club, Ahli EDS  dan Ahli Wataniah


Gambar-gambar yang sempat diambil ketika perkhemahan tersebut:










Terima Kasih

Kejohanan Bowling Tertutup PSSCM KPL 2011

Tarikh: 8 Oktober 2011
Tempat: Seremban Parade (Ampang Superbowl)
Peserta: Ahli PSSCM Negeri Sembilan



Balingan Rasmi oleh YDP PSSCM-KPL:




Semasa kejohanan berlangsung:




Antara Pemenang Kejohanan:





Sesi Bergambar:



Terima Kasih

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PSSCM-KPL 2011

Tarikh: 13 September 2011
Tempat: Kolej Universiti Linton (DKA 2/1)



Sesi mengemas dewan dan memasak:




Suasana sebelum majlis bermula:





Semasa majlis berlangsung:





Sesi bergambar:



Terima Kasih

Monday, October 17, 2011

Pengambilan Ahli Baru


Pembukaan Meja Pendaftaran
Tarikh : 18 , 19 dan 20 hb Oktober 2011
Masa : 8 pagi - 5 petang
Tempat : Laluan antara DKA5/1 & DKA4/1

Persembahan Silat
Tarikh : 19 Oktober 2011
Masa 8 malam - 10.30 malam
Tempat : DKA 5/1


MARI RAMAI-RAMAI MERIAHKAN OPEN BOOTH PSSCMKPL !
TANYALAH KAMI APA SAHAJA BERKAITAN 
PENDAFTARAN
AKTIVITI & SEBAGAINYA !




Pesanan untuk ahli
* dresscode baju melayu lengkap ketika rabu malam ( demo ) dan pada khamis siang ( open booth )
* ahli tamat di galakkan memakai vase hari selasa dan rabu siang

Terima Kasih

Tuesday, May 24, 2011

BBQ PSSCMNS-KPL

Tarikh : 21 Mei 2011
Masa : 8.00 malam - 11.00 malam
Tempat : Villa Sri Palma, Pajam
Peserta : Semua ahli PSSCMNS-KPL


Antara Aktiviti yang di jalankan semasa BBQ adalah:
  • Pendaftaran
  • Tayangan slide show dan video aktiviti yang telah di jalankan
  • Sesi perkongsian dengan tenaga pengajar


Tetamu yang hadir:
Abang Aziwi
Abang Zaini 
Abang Syuk
Abang Hairi
Abang Is
Abang Syukht
dan ahli tamat PSSCMNS yang lain .




Menu dan hidangan:
Nasi goreng
Udang bakar
Coleslaw
Ayam bakar
Kambing bakar
Kentang goreng
Sosej bakar
Buah tembikai
Desert
Air sirap limau

**** Lawat GALERI untuk gambar.



Terima Kasih

Saturday, May 21, 2011

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2010


Mesyuarat agung ini di adakan bertujuan untuk melantik exco-exco baru bagu menggantikan exco yang lama. Semasa mesyuarat ini, pemilihan exco baru turut di jalankan.


Butir-butir mesyuarat agung:
  • Tarikh : 15 Januari 2010
  • Tempat : DKA 1/1
  • Masa : 8.30 malam

Agenda yang di bentangkan semasa mesyuarat agung adalah sepeti berikut:

  1. Perlantikan Pengerusi Mesyuarat Sementara MAT PSSCMCNS-KPL kali ke-7
  2.  Kata – kata aluan dari Pengerusi Mesyuarat Sementara MAT PSSCMCNS-KPL kali ke-7
  3. Perlantikan Setiausaha Sementara sebagai Pencatat Minit Mesyuarat
  4. Meluluskan dan mengesahkan Minit Mesyuarat MAT PSSCMCNS-KPL kali ke-6
  5. Menerima laporan aktiviti PSSCMCNS-KPL bagi sesi 2010/2011
  6. Menerima laporan penyata kewangan PSSCMCNS-KPL bagi sesi 2010/2011
  7. Bersetuju menerima, menerima pakai dan meluluskan serta mengesahkan segala tindakan dan keputusan yang telah diambil oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PSSCMCNS-KPLyang diadakan sepanjang sesi 2010/2011 yang diadakan sebelum MAT PSSCMCNS-KPL kali ke-7
  8. Pengistiharaan pembubaran Jawatankuasa Kerja ( JKK ) PSSCMCNS – KPL
  9. Perlantikan AJK PSSCMCNS-KPL yang baru bagi sesi 2010 / 2011
  10. Membincangkan usul-usul berbangkit
  11. Ucapan penangguhan


Barisan exco tertinggi bagi tahun 2011:
  1. Mohd Hazwan bin Hanipah - YDP PSSCMNSKPL
  2. Mohd Syafiq bin Mat Raly - Naib YDP PSSCMNSKPL
  3. Nur Illiyana binti Khalid - Setiausaha
  4. Nur Hamizah binti Borhan - Bendahari
  5. Mohd Khir bin Othman - Ketua Penerangan





Terima Kasih

Friday, October 15, 2010

MAJLIS ALUMNI BBQ PSSCM-KPL 2010

22.05.2010
Majlis Alumni BBQ PSSCM-KPL
Swimming Pool Kondo Sri Palma, Mantin, Negeri Sembilan.

Alhamdu'lillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana dapat menjayakan majlis Alumni BBQ PSSCM-KPL buat julung kalinya. Perancangan majlis ini diutarakan oleh ahli-ahli senior PSSCM-KPL supaya dapat dizahirkan pada tarikh tersebut. Majlis ini bertujuan untuk merapatkan atau memperkenalkan kembali hubungan antara ahli yang baru dan lama. Segala perancangan dan gerak kerja telah dilakukan bersama-sama secara teratur dan lancar.

Penyediaan tempat makan dan juga makanan dimulakan seawal jam 5 petang oleh ahli dari KPL di Kondo Sri Palma. Majlis dimeriahkan dengan lagu-lagu klasik dari meja pendaftaran di pintu masuk swimming pool tersebut. Lebih kurang 20 ahli senior, 40 ahli baru dan 10 ahli dan tenaga pengajar dari cawangan dapat hadir pada malam tersebut.

Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh pengacara majlis dan diteruskan dengan bacaan doa dan jamuan makan. Antara menu pada malam tersebut ialah Kambing, Ayam, Udang, Sosej, Cocktail, Buah-buahan dll. Selepas sesi makan, para ahli dijemput berkumpul untuk sesi suai kenal antara ahli yang lama dan baru. Pada malam tersebut majlis turut meraikan hari lahir salah seorang ahli baru yang dikenali sebagai "Uda". Majlis tersebut telah diselitkan dengan sesi pengisian oleh Ketua Penerangan Negeri, En Mohd Radzif dan juga En Ikmal Hisham. Sedikit penghargaan dan souvenir diberikan setiap ahli yang hadir. Majlis berakhir pada jam 12 malam.

Antara Sedutan Gambar pada malam tersebut :




*Tahniah kepada Khairizan Tarmizi serta jawatan kuasa beliau kerana berjaya menjayakan majlis yang gemilang ini.
*Tidak lupa kepada Ahli Senior dan Cawangan yang sudi datang dari jauh untuk menjayakan dan memeriahkan majlis ini.

Terima Kasih

Sunday, May 16, 2010

PERKHEMAHAN BERSAMA EDS, BOWLING, WATANIAH & PSSCM

8,9.05.2010
Kem Team Building
Sg. Kenaboi, Kg Chennah Kenaboi, Titi, Jelebu, Negeri Sembilan

Perkhemahan ini dicadangkan oleh penasihat PSSCMKPL, EDS dan Bowling, iaitu Cik Rahiza bt Ranom. Dilaksanakan bersama 3 kelab@persatuan. Perkhemahan ini bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara kelab dan persatuan di bawah kendalian beliau. Kelab Wataniah pula diundang untuk menyertai kem ini. Seramai 28 peserta menyertai kem.

Kem ini dikendalikan oleh Kenaboi Team Adventure. Banyak aktiviti yang menyeronokkan dapat dilakukan sepanjang 2 hari di sana. Antara aktiviti yang telah dilakukan ialah larian berhalangan, water confident, water-tubing, latihan dalam kumpulan, malam kebudayaan, night walk dan lain-lain lagi.

Ternyata keseronokan dan kepuasan terpancar diwajah setiap peserta apabila pulang ke kolej.

Antara sedutan gambar;


Terima Kasih

MAJLIS IJAZAH ASAS, POTONG DAN TAMAT

30.4.2010
Ibu Pejabat PSSCM Cawangan Negeri Sembilan , Taman Bukti, Ampangan, Negeri Sembilan

Majlis ijazah yang telah dijadualkan pada 30 April dan 1 Mei 2010 dihadiri tidak kurang dari 100 ahli pada kedua-dua hari. Kelas Latihan Kumpulan Pendidikan Legenda terlibat dengan majlis ijazah pada 30 April. Seramai 41 ahli dari kelas latihan Kumpulan Pendidikan Legenda telah hadir menaiki bas pada malam 30 April. 35 ahli terlibat dalam majlis pengijazahan. 8 Asas, 14 Potong dan 13 Tamat.

Sedutan Gambar pada malam kejadian;




*Kata Semangat dari Penulis;

Tahniah diucapkan kepada ahli Kelas Latihan Legenda 17 yang telah tamat.
Teruskan pelajaran kepada ahli Kelas Latihan Legenda 18 yang telah masuk peringkat potong.
Selamat datang kepada ahli Kelas Latihan Legenda 19 yang baru menyertai PSSCM.
Kepada semua ahli tamat kelas latihan KPL, Kekal Dalam Perjuangan!
Bersama Bersatu!

Terima Kasih

UJIAN SIJIL RENDAH KEMAHIRAN (TEORI)

25.04.2010
Dewan Kuliah A 1/1, Kumpulan Pendidikan Legenda, Mantin, Negeri Sembilan

Ujian tersebut dijalankan di Dewan Kuliah A 1/1, Kumpulan Pendidikan Legenda. Seramai 17 ahli dari Negeri Sembilan menduduki teori ujian sijil rendah. Semua ahli telah berkumpul di sekitar kawasan berkenaan pada jam 9.00 malam.

Ujian tersebut dimulakan sekitar jam 9.30 malam dan diakhiri pada jam 11.30 malam. Ujian tersebut berjalan dengan lancar dan terkawal. Setiap ahli yang menduduki ujian tersebut nampak yakin dan tenang menjawab satu persatu soalan.

Kelas Latihan Kumpulan Pendidikan Legenda mengucapkan terima kasih kepada pihak cawangan kerana memilih kolej kami untuk menjalankan ujian tersebut, sedikt sebanyak dapat mempromosikan kolej kami kepada ahli seluruh negeri sembilan.

*maaf tidak ada sedutan gambar. :)

Terima Kasih

MAJLIS UJIAN SIJIL RENDAH KEMAHIRAN (PRAKTIKAL)

18.04.2010
Ibu Pejabat PSSCM Cawangan Negeri Sembilan, Taman Bukti, Ampangan, Negeri Sembilan

Majlis Ujian Sijil Rendah Zon Selatan telah diadakan di Ibu Pejabat PSSCM Cawangan Negeri Sembilan pada pagi 18 April 2010. Tidak kurang 300 ahli dari setiap pelusuk negeri terutama dari negeri Johor dan Melaka telah hadir untuk bersama dan juga mengambil ujian. Negeri Sembilan diwakili oleh 18 ahli tamat yang bersedia untuk mengambil ujian. Seorang sahaja wakil dari kelas latihan Kumpulan Pendidikan Legenda mengambil ujian pada tahun ini.

Setiap ahli yang mengambil ujian pasti berdebar-debar untuk menunggu giliran untuk diuji. Dimulakan dengan sesi memanaskan badan yang diketuai oleh En Khusyairi. Seterusnya taklimat dan tips-tips dari ahli lama (Abg John, Pak Long Mat, Abg Karim) kepada yang bakal mengambil ujian. Pelbagai aksi dan telatah dapat dilihat ketika ujian berlangsung.

Majlis tersebut disusuli dengan ucapan YDP Negeri Sembilan Johor dan Melaka. Mereka berpesan dan mengharapkan kepada ahli-ahli yang selesai mengambil ujian supaya tidak mempelajari "ilmu ghaib" setelah mendapat sijil. Majlis diteruskan dengan bacaan tahlil yang diketuai oleh Tn Hj Farid. Majlis diakhiri dengan jamuan.

Sedutan Gambar pada hari kejadian:



Terima Kasih

KURSUS SEMBELIH PSSCMCNS

17.04.2010
Ibu Pejabat PSSCM Cawangan Negeri Sembilan, Taman Bukti, Ampangan, Seremban.

PSSCMCNS menganjurkan kursus sembelih pada malam 17 April 2010. Semua kelas latihan telah dijemput dan hadir ke kursus berkenaan. Syafiq, Farid dan Fahimi mewakili PSSCMCNS-Kumpulan Pendidikan Legenda menghadiri ke kursus sembelih untuk menimba sedikit sebanyak ilmu tentang cara, syarat, hukum dan pantang-larang dalam proses menyembelih binatang.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh tetamu terhormat dari Pulau Pinang, Johor dan Melaka. Antaranya ialah Tn, Haji Farid (penceramah), Pak Long Mat Misai, Pak Su Man, Abang John, YDP Melaka En Syam Ghani, YDP Johor En Sazali dan ramai lagi. Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan aluan dari YDP PSSCMCNS Tn Hj Baharuddin, seterusnya diserahkan kepada penceramah Tn Hj Farid. Beliau telah menyampaikan ceramah yang ringkas, disusuli dengan sesi soal jawab oleh ahli.

Seterusnya, pelajaran sembelih binatang korban dilakukan secara praktikal. Semua ahli berebut mengelilingi Tn Hj Farid ketika proses penyembelihan lembu dijalankan kerana mahu mempelajari cara yang betul untuk menyembelih lembu. Disusuli dengan penyembelihan ayam yang dikendalikan oleh Pak Long Mat. Seterusnya sesi ahli pula cuba untuk mempraktikan cara sembelih yang telah dipelajari. Untunglah kepada yang beserta kerana banyak ilmu dapat dipelajari bagi sesiapa yang menyertai kursus sembelih tersebut. Pihak Kelas Latihan Kumpulan Pendidikan Legenda mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak cawangan kerana telah menjemput kami.

Antara gambar pada malam kejadian:





Terima Kasih

Saturday, April 3, 2010

DEMONSTRASI PENERANGAN KPL 1/2010

30.03.2010
Bertempat di DKA 5/1 Kumpulan Pendidikan Legenda

PSSCMCNS-KPL telah mengadakan Majlis Demonstrasi Penerangan sesi yg pertama dalam tahun 2010. Majlis tersebut telah dihadiri oleh tetamu jemputan daripada cawangan iaitu En. Faisal (NYDP PSSCMCNS), En. Radzif (Ketua Pen. PSSCMCNS), En. Mokhtar, En. Halim, En. Aziwi, En. Fikridin, En. Zaini serta ahli-ahli dari KPM Beranang dan juga Taman Bukti dan tidak lupa Cik Rahiza bt Ranom (Penasihat).

Majlis tersebut bermula pada jam 9.15 malam dan berakhir lebih kurang jam 11 malam. Dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengacara Majlis oleh saudari Nur Izzati dan diikuti dengan bacaan doa oleh saudara Khir. Majlis tersebut diserahkan kepada En. Radzif untuk meneruskan sesi penerangan pula. Penerangan dimulakan dengan adegan sepasang. Setelah selesai penerangan, majlis dimeriahkan dengan adegan skuad demo 6 orang dari cawangan. Majlis diteruskan dengan jamuan dan juga sesi soal jawab. Soalan-soalan yang diajukan kepada tenaga pengajar amat menarik, dan penonton dapat menerima jawapan yang diberikan oleh barisan tenaga pengajar.

Setalah selesai sesi soal jawap. Majlis pun berakhir pada jam 11 malam.

Antara Gambar pada hari kejadian:






*Ribuan terima kasih diucapkan kepada jemputan, penasihat dan pelajar-pelajar KPL yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis kami yang tak seberapa ini. Terima kasih diucapkan.
*Penghargaan kepada ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus untuk menjadikan majlis demo ini menjadi kenyataan.

Terima Kasih

Monday, March 22, 2010

Mesyuarat Agung Cawangan Negeri Sembilan ke -16

6 Mac 2010

Bertempat di Ibu Pejabat PSSCMCNS Taman Bukti, Ampangan, Negeri Sembilan.

Alhamdulillah,PSSCMCNS telah berjaya menunaikan tanggungjawab dengan mengadakan Mesyuarat Agung yg ke-16. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En. Abdul Rahaman b Ishak selaku Ahli LPT. Seramai 89 Ahli telah hadir untuk menjayakan dan melancarkan perjalanan majlis.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis iaitu saudara Khusairy, diteruskan dengan bacaan doa oleh saudara Fikri. Seterusnya ucapan dari YDP PSSCMCNS, Tn Hj. Baharuddin, dan giliran Paksu Man berucap menyusul dan diakhiri dengan tayangan video aktiviti PSSCMCNS sepanjang tahun.

Mesyuarat bermula sekitar jam 11.30mlm. Pengerusi Mesyuarat, NYDP PSSCMCNS En Faisal telah mengendalikan mesyuarat dengan baik serta ucapan penangguhan dari wakil setiap kelas menambahkan seri serta menceriakan mesyuarat tersebut. Mesyuarat diakhiri pada jam 12.15mlm.

Ahli dari Kumpulan Pendidikan Legenda juga telah hadir ke M.A.C N9 untuk memberikan sokongan:
Abdul Malik
Nurul Azreen
Nur Izzati
Siti Khadijah
Nur Diana
Muhammad Farid
Ahmad Fahimi

Antara gambar yang ditangkap pada hari kejadian:


Terima Kasih

Friday, March 19, 2010

Majlis Ijazah Potong dan Tamat Di Ibu Pejabat PSSCMCNS

24 Februari 2010

Bertempat di Taman Bukti, Ampangan, Negeri Sembilan: Ibu Pejabat PSSCMCNS.

Datuk Hj Maideen b Kadir Shah serta Abg Karim selamat sampai di Ibu Pejabat lebih kurang jam 4 petang. Datuk Hj Maideen disambut oleh ahli-ahli serta jawatankuasa yg berada di Ibupejabat ketika itu. Ahli-ahli dari Negeri Sembilan serta Kumpulan Pendidikan Legenda sangat beruntung apabila dapat meluangkan masa sepetang bersama Datuk Hj Maideen.

Pada sesi malam, Majlis ijazah dijalankan sehingga pada jam 12.30 malam. Ahli dari Kumpulan Pendidikan Legenda yang hadir untuk majlis ijazah tersebut ialah:

Legenda 16 (tamat):
Malik
Dihiya
Khir
Khairizan
Firdaus
Azreen
Izzati
Hamizah
Ummyu

Legenda 17 (potong):
Hazwan
Rosaihafin
Nik
Khairul Asrapi
Afiq Hakim
Syarif
Ain Nabilah
Mahanum
Amirah
Amni

Majlis Ijazah telah selamat dijalankan selama 2 hari iaitu pada 24 dan 25 Feb 2010. Seramai 19 ahli dari PSSCMCNS-Kumpulan Pendidikan Legenda telah berjaya menghadiri majlis ijazah potong dan tamat.

Antara gambar yang sempat ditangkap:




*kepada yang tercicir, diharapkan anda dapat bersabar dan teruskan perjuangan kita. jangan putus asa, teruskan sehingga anda dapat sijil. sabar.
*setinggi terima kasih diucapkan kepada ahli Legenda yang memberikan komitmen untuk membantu meringankan sedikit sebanyak beban yang dipikul oleh jawatankuasa cawangan.

Terima Kasih

Monday, March 8, 2010

Kejohanan Tertutup Bowling PSSCM Negeri Sembilan

17 Januari 2010

PSSCMCNS-KPL telah berjaya menganjurkan kejohanan bowling tertutup PSSCMCNS pada 17 Januari 2010 bertempat di Seremban Parade. Ini adalah aktiviti yang pertama dikendalikan dibawah ahli jawatankuasa yang baru dilantik pada sesi 2010.

Lebih kurang 100 ahli dari seluruh kelas latihan di Negeri Sembilan telah menyertai dan memeriahkan kejohanan tersebut. Seramai 70 pemain telah mendaftar dan 14 lorong ditempah untuk menempatkan semua peserta. Kejohanan tersebut telah dihadiri oleh:
YDP PSSCMCNS - Tuan Hj Baharuddin dan sekeluarga
S/U PSSCMCNS - En Zulkifle b Hj Nazaluddin
Bendahari PSSCMCNS - En Zulkarnain b Abu Hassan
Ketua - Ketua Kelas Latihan, Tenaga Pengajar dan Ahli-Ahli PSSCMCNS seluruh Negeri Sembilan.

Kejohanan tersebut dimulakan dengan pendaftaran penyertaan dan juga pembahagian lorong bowling serta taklimat yang diberikan oleh saudara Farid. Setelah selesai dengan taklimat, kejohanan tersebut dirasmikan oleh Tn Hj Baharuddin dengan balingan rasmi yang pertama. Setelah dirasmikan, perlawanan dimulakan.

Pada penghujung kejohanan, telah diadakan majlis penyampaian hadiah dan juga fotografi.
Antara hadiah yang telah dimenangi ialah:
Tempat 1 - Tekan2 Pun Naik2
Ke 2 - Samsung
Ke 3 - Asal Boleh
Ke 4 - Nama Team
Ke 5 - Baik Punya
Ke 6 - SuperMokh
Jatuhan Pin Terbanyak - Izwan
Johan Keseluruhan - Tekan2 Pun Naik2
Jatuhan Pin Paling Sedikit - Izni
Balingan Paling Bergaya - Tn Hj. Baharuddin
*hamper ditaja oleh En. Idris - Ketua Kelas Latihan Tampin

Ahli Jawatankuasa telah bersetuju untuk mengadiahkan plat penghargaan kepada bekas tenaga pengajar di kumpulan pendidikan legenda sesi 2009:
En Zulkifle b Hj Nazaluddin
En Kushairi b Mohsin
En Hafize b Samsudin
Cik Nooraini Farahin bt Leha

Antara Gambar yang dapat diambil ketika hari kejadian:





Penghargaan:
YDP PSSCMCNS - Tuan Hj Baharuddin
Barisan Jawatankuasa tertinggi PSSCMCNS
barisan Ketua-Ketua Kelas Latihan
Barisan Tenaga Pengajar
Barisan Jawatankuasa Program
Ahli PSSCM seluruh Negeri Sembilan
Ampang Superbowl Cawangan Seremban, Negeri Sembilan

*Terima Kasih diucapkan kepada semua yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan kejohanan ini.

Terima Kasih