Monday, January 4, 2010

Mesyuarat Agung PSSCMCNS-KPL ke-6

23 Disember 2009 / 6 Muharram 1341

PSSCMCNS-KPL telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-6 bertempat di DKA 2/1, Kolej Legenda. Majlis tersebut dirasmikan oleh En. Faisal b Said, NYDP PSSCMCNS.
Majlis dimulakan pada jam 9 malam dan berakhir pada jam 11 malam.
Seramai 50 ahli telah hadir ke Mesyuarat Agung.
Jemputan dijemput masuk ke Dewan Kuliah A2/1 untuk memulakan majlis.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku sebaik sahaja jemputan masuk ke dewan.
Majlis dipengerusikan oleh saudara Hazwan dan dimulakan dengan pembukaan bacaan doa oleh saudara Mahalil. Disusuli dengan sedikit ucapan dari YDP PSSCMCNS-KPL, Mezio Mezza Haqim. Disambung pula dengan ucapan dari Majlis Perwakilan Pelajar, saudara Azim.
Tiba masa untuk perasmi Majlis iaitu, En.Faisal b Said untuk merasmikan Majlis Mesyuarat Agung PSSCMCNS- KPL ke-6.

Ahli mesyuarat telah memilih saudara Farid untuk menjadi Pengerusi Mesyuarat Agung tahun 2009.
Mesyuarat berjalan dengan lancar.
Pembubaran Ahli Jawatankuasa sesi 2009 telah dibubarkan oleh YDP, Haqim.

Berikut adalah senarai Majlis Tertinggi 2009;
YDP - Mezio Mezza Haqim
NYDP - Ahmad Fahimi
Setiausaha - Nur Diana
Bendahari - Siti Khadijah
K. Penerangan - Naim Hariri

Berikut adalah senarai Majlis Tertinggi 2010;
YDP - Ahmad Fahimi
NYDP - Abdul Malik
Setiausaha - Nur Izzati
Bendahari - Azreen
K. Penerangan - Mezio Mezza Haqim

Majlis diakhiri dengan nyanyian Warisan Mutlak dan jamuan untuk ahli dan tetamu yang hadir.







*Picture from Wafiy. Terima kasih!

Terima Kasih

3 comments:

secreto kish. said...

asal lak thx kt wafiy? thx 4 me la..coz sy invite die..muahahaha..

Meme said...

oke lah.
thax to ikin sebab ajak wafiy :)

secreto kish. said...

yup2..mcm tu la..:)