Wednesday, January 13, 2010

Seminar Budaya Seni Silat Membangunkan Modal Insan Cemerlang

10 Januari 2010
DK 43.101 Kompleks Tun Mohd Abdullah Salleh, UKM.

PSSCMCNS - Kumpulan Pendidikan Legenda telah menghantar wakil seramai 4 orang iaitu;
Muhammad Farid
Ahmad Fahimi
Mohd Syafiq
Mohd Hazwan

Seminar tersebut disertai lebih kurang 250-300 ahli dari seluruh IPT.
Seminar ini dihadiri oleh AJK Pusat dan cawangan - cawangan.
Dimulakan ucapan Pengarah Program Seminar, Saudara Haikel, disusuli dengan ucapan oleh Ustaz Kaharuddin, seterusnya perasmian oleh Prof. Madya Dr. Kadderi Md Desa, Pengarah Perkembangan Pelajar UKM. Disusuli dengan demonstrasi dan tayangan video yang membantu memeriahkan perasmian seminar.

3 Penceramah telah membentangkan kertas kerja masing-masing;


"Peranan Wanita Dalam Persilatan"
Dr. Roziah Abdullah dari Kementerian Pelajaran Malaysia telah berjaya membentangkan kertas kerja beliau. Peserta mendapat banyak maklumat, tips dan nasihat yang menarik dan berguna. Beliau juga menceritakan pengalaman beliau ketika diragut. Antara nasihat yang beliau sampaikan adalah "Amalkan Silat Cekak Lama Lama Lama", "Kalau Nak Pegang Dunia, Peganglah Silat Cekak".


"Seni Silat Melahirkan Pemikir dan Pemimpin yang Cemerlang"
Prof. Madya Dr. Haji Majid Ismail, Pensyarah dari USM dan juga YDP PSSCM Caw P.Pinang telah berjaya membentangkan kertas kerja beliau. Beliau telah menekankan perjuangan bangsa dan agama, adab dan adat dan lain lain lagi. Banyak lagi 'isi' dalam penceramahan beliau. Antara kata-kata beliau ialah, "Perjuangan Bangsa Bukan Perkauman","Jangan Permainkan Silat Melayu".


"Permantapan Rohani dan Jasmani Dalam Bidang Persilatan Dari Kaca Mata Islam"
Tuan Hj. Ghazali Abdul Rahman seorang Pensyarah kanan UUM dan juga Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib PSSCM telah berjaya membentangkan kertas kerja beliau. Beliau telah menerangkan definasi serta huraian secara ringkas dan padat tentang rohani (roh) dan jasmani (jasad). Antaranya isi dalam penceramahan beliau, "Kita Sembahyang Bukan Nak Dapat Pahala, Adab Syariat Tak Elok", "Nak Roh Yang Mantap, Kenai Tuhan".

Seminar tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran mengejut Guru Utama PSSCM Dato' Hj Maideen Kadir Shah sekaligus merasmikan penutupan seminar tersebut.
Seminar tersebut tamat pada jam 6.30 petang.

*Pengalaman ini amatlah berharga kerana ketiga-tiga penceramah adalah ahli lama Silat Cekak yang beserta pada era 70-80an yang ketika itu mereka berguru dengan pengasas Silat Cekak iaitu Al-Marhum Ust. Hj Hanafi Ahmad.

Sekian.

Terima Kasih

2 comments:

izzati... said...

"Amalkan Silat Cekak Lama Lama Lama", "Kalau Nak Pegang Dunia, Peganglah Silat Cekak".

w0o0o0o0o0o...

Meme said...

haha. izzati.
woooowooOoOOooOo

melopong.