Sunday, May 16, 2010

MAJLIS UJIAN SIJIL RENDAH KEMAHIRAN (PRAKTIKAL)

18.04.2010
Ibu Pejabat PSSCM Cawangan Negeri Sembilan, Taman Bukti, Ampangan, Negeri Sembilan

Majlis Ujian Sijil Rendah Zon Selatan telah diadakan di Ibu Pejabat PSSCM Cawangan Negeri Sembilan pada pagi 18 April 2010. Tidak kurang 300 ahli dari setiap pelusuk negeri terutama dari negeri Johor dan Melaka telah hadir untuk bersama dan juga mengambil ujian. Negeri Sembilan diwakili oleh 18 ahli tamat yang bersedia untuk mengambil ujian. Seorang sahaja wakil dari kelas latihan Kumpulan Pendidikan Legenda mengambil ujian pada tahun ini.

Setiap ahli yang mengambil ujian pasti berdebar-debar untuk menunggu giliran untuk diuji. Dimulakan dengan sesi memanaskan badan yang diketuai oleh En Khusyairi. Seterusnya taklimat dan tips-tips dari ahli lama (Abg John, Pak Long Mat, Abg Karim) kepada yang bakal mengambil ujian. Pelbagai aksi dan telatah dapat dilihat ketika ujian berlangsung.

Majlis tersebut disusuli dengan ucapan YDP Negeri Sembilan Johor dan Melaka. Mereka berpesan dan mengharapkan kepada ahli-ahli yang selesai mengambil ujian supaya tidak mempelajari "ilmu ghaib" setelah mendapat sijil. Majlis diteruskan dengan bacaan tahlil yang diketuai oleh Tn Hj Farid. Majlis diakhiri dengan jamuan.

Sedutan Gambar pada hari kejadian:



Terima Kasih

No comments: