Monday, March 8, 2010

Kejohanan Tertutup Bowling PSSCM Negeri Sembilan

17 Januari 2010

PSSCMCNS-KPL telah berjaya menganjurkan kejohanan bowling tertutup PSSCMCNS pada 17 Januari 2010 bertempat di Seremban Parade. Ini adalah aktiviti yang pertama dikendalikan dibawah ahli jawatankuasa yang baru dilantik pada sesi 2010.

Lebih kurang 100 ahli dari seluruh kelas latihan di Negeri Sembilan telah menyertai dan memeriahkan kejohanan tersebut. Seramai 70 pemain telah mendaftar dan 14 lorong ditempah untuk menempatkan semua peserta. Kejohanan tersebut telah dihadiri oleh:
YDP PSSCMCNS - Tuan Hj Baharuddin dan sekeluarga
S/U PSSCMCNS - En Zulkifle b Hj Nazaluddin
Bendahari PSSCMCNS - En Zulkarnain b Abu Hassan
Ketua - Ketua Kelas Latihan, Tenaga Pengajar dan Ahli-Ahli PSSCMCNS seluruh Negeri Sembilan.

Kejohanan tersebut dimulakan dengan pendaftaran penyertaan dan juga pembahagian lorong bowling serta taklimat yang diberikan oleh saudara Farid. Setelah selesai dengan taklimat, kejohanan tersebut dirasmikan oleh Tn Hj Baharuddin dengan balingan rasmi yang pertama. Setelah dirasmikan, perlawanan dimulakan.

Pada penghujung kejohanan, telah diadakan majlis penyampaian hadiah dan juga fotografi.
Antara hadiah yang telah dimenangi ialah:
Tempat 1 - Tekan2 Pun Naik2
Ke 2 - Samsung
Ke 3 - Asal Boleh
Ke 4 - Nama Team
Ke 5 - Baik Punya
Ke 6 - SuperMokh
Jatuhan Pin Terbanyak - Izwan
Johan Keseluruhan - Tekan2 Pun Naik2
Jatuhan Pin Paling Sedikit - Izni
Balingan Paling Bergaya - Tn Hj. Baharuddin
*hamper ditaja oleh En. Idris - Ketua Kelas Latihan Tampin

Ahli Jawatankuasa telah bersetuju untuk mengadiahkan plat penghargaan kepada bekas tenaga pengajar di kumpulan pendidikan legenda sesi 2009:
En Zulkifle b Hj Nazaluddin
En Kushairi b Mohsin
En Hafize b Samsudin
Cik Nooraini Farahin bt Leha

Antara Gambar yang dapat diambil ketika hari kejadian:





Penghargaan:
YDP PSSCMCNS - Tuan Hj Baharuddin
Barisan Jawatankuasa tertinggi PSSCMCNS
barisan Ketua-Ketua Kelas Latihan
Barisan Tenaga Pengajar
Barisan Jawatankuasa Program
Ahli PSSCM seluruh Negeri Sembilan
Ampang Superbowl Cawangan Seremban, Negeri Sembilan

*Terima Kasih diucapkan kepada semua yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan kejohanan ini.

Terima Kasih

5 comments:

izzati said...

i'm l0ving it..
terima kasih di atas segala kerjasama yang telah diberikan..
tahniah kepada para pemenang..

boing!boing! said...

syabbass bete...wee~

beytoro said...

congrats 2 all ma frens!!!

Anonymous said...

trimas semua!

Mohd Hafiz said...

Tahniah kpd semua ahli psscmkpl dan kpd semua ahli2 jawatankuasa krn dpt menjayakn aktiviti nie dgn sempurna dan berjaya skali. Hope aktiviti ni akn jd aktiviti tahunan psscmkpl k... all da best to all of u...

-peace-