Sunday, May 16, 2010

KURSUS SEMBELIH PSSCMCNS

17.04.2010
Ibu Pejabat PSSCM Cawangan Negeri Sembilan, Taman Bukti, Ampangan, Seremban.

PSSCMCNS menganjurkan kursus sembelih pada malam 17 April 2010. Semua kelas latihan telah dijemput dan hadir ke kursus berkenaan. Syafiq, Farid dan Fahimi mewakili PSSCMCNS-Kumpulan Pendidikan Legenda menghadiri ke kursus sembelih untuk menimba sedikit sebanyak ilmu tentang cara, syarat, hukum dan pantang-larang dalam proses menyembelih binatang.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh tetamu terhormat dari Pulau Pinang, Johor dan Melaka. Antaranya ialah Tn, Haji Farid (penceramah), Pak Long Mat Misai, Pak Su Man, Abang John, YDP Melaka En Syam Ghani, YDP Johor En Sazali dan ramai lagi. Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan aluan dari YDP PSSCMCNS Tn Hj Baharuddin, seterusnya diserahkan kepada penceramah Tn Hj Farid. Beliau telah menyampaikan ceramah yang ringkas, disusuli dengan sesi soal jawab oleh ahli.

Seterusnya, pelajaran sembelih binatang korban dilakukan secara praktikal. Semua ahli berebut mengelilingi Tn Hj Farid ketika proses penyembelihan lembu dijalankan kerana mahu mempelajari cara yang betul untuk menyembelih lembu. Disusuli dengan penyembelihan ayam yang dikendalikan oleh Pak Long Mat. Seterusnya sesi ahli pula cuba untuk mempraktikan cara sembelih yang telah dipelajari. Untunglah kepada yang beserta kerana banyak ilmu dapat dipelajari bagi sesiapa yang menyertai kursus sembelih tersebut. Pihak Kelas Latihan Kumpulan Pendidikan Legenda mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak cawangan kerana telah menjemput kami.

Antara gambar pada malam kejadian:





Terima Kasih

No comments: