Sunday, May 16, 2010

PERKHEMAHAN BERSAMA EDS, BOWLING, WATANIAH & PSSCM

8,9.05.2010
Kem Team Building
Sg. Kenaboi, Kg Chennah Kenaboi, Titi, Jelebu, Negeri Sembilan

Perkhemahan ini dicadangkan oleh penasihat PSSCMKPL, EDS dan Bowling, iaitu Cik Rahiza bt Ranom. Dilaksanakan bersama 3 kelab@persatuan. Perkhemahan ini bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara kelab dan persatuan di bawah kendalian beliau. Kelab Wataniah pula diundang untuk menyertai kem ini. Seramai 28 peserta menyertai kem.

Kem ini dikendalikan oleh Kenaboi Team Adventure. Banyak aktiviti yang menyeronokkan dapat dilakukan sepanjang 2 hari di sana. Antara aktiviti yang telah dilakukan ialah larian berhalangan, water confident, water-tubing, latihan dalam kumpulan, malam kebudayaan, night walk dan lain-lain lagi.

Ternyata keseronokan dan kepuasan terpancar diwajah setiap peserta apabila pulang ke kolej.

Antara sedutan gambar;


Terima Kasih

No comments: