Friday, December 9, 2011

KONVOKESYEN PSSCM 2011 ( ZON TIMUR )

Pada 19 November 2011 yang lalu, Majlis Konvokesyen PSSCM 2011 (Zon Timur) telah diadakan bertempat di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu. Majlis tersebut diadakan bagi menyerahkan sijil kepada lebih kurang 200 orang pengambil sijil rendah yang hadir dari zon timur dan zon selatan. Perjalanan ahli cawangan Negeri Sembilan ke Terengganu telah dimulakan dari Ibu Pejabat PSSCM Negeri Sembilan pada hari Jumaat jam 12pm dan tiba ke tempat penginapan lebih kurang jam 10pm hari yang sama.   

Pada hari kejadian, majlis telah dimulakan dengan istiadat perarakan masuk guru utama lebih kurang pada jam 9.30 pagi dan diakhiri lebih kurang pada jam 12.30 tengahari dengan istiadat perarakan keluar. Kesemua 25 pengambil ujian kemahiran cawangan Negeri Sembilan telah lulus kedua-dua ujian teori dan prektikal dimana 15 daripadanya adalah ahli dari kelas Kumpulan Pendidikan Legenda. Dua orang ahli dari Kumpulan Pendidikan Legenda berjaya memperoleh sijil lulus kepujian bagi mewakili cawangan Negeri Sembilan. 

Disebelah petangnya telah diadakan Forum Perdana bertajuk "Cekak Sebagai Cara Hidup" diikuti ucapan Perasmian Penutup oleh YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah selaku Guru Utama dan Presiden, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Majlis secara rasminya berakhir pada jam 6.30 petang dengan bacaan Selawat Badriyyah dan jamuan petang. 


Terima Kasih

No comments: