Monday, March 22, 2010

Mesyuarat Agung Cawangan Negeri Sembilan ke -16

6 Mac 2010

Bertempat di Ibu Pejabat PSSCMCNS Taman Bukti, Ampangan, Negeri Sembilan.

Alhamdulillah,PSSCMCNS telah berjaya menunaikan tanggungjawab dengan mengadakan Mesyuarat Agung yg ke-16. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En. Abdul Rahaman b Ishak selaku Ahli LPT. Seramai 89 Ahli telah hadir untuk menjayakan dan melancarkan perjalanan majlis.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis iaitu saudara Khusairy, diteruskan dengan bacaan doa oleh saudara Fikri. Seterusnya ucapan dari YDP PSSCMCNS, Tn Hj. Baharuddin, dan giliran Paksu Man berucap menyusul dan diakhiri dengan tayangan video aktiviti PSSCMCNS sepanjang tahun.

Mesyuarat bermula sekitar jam 11.30mlm. Pengerusi Mesyuarat, NYDP PSSCMCNS En Faisal telah mengendalikan mesyuarat dengan baik serta ucapan penangguhan dari wakil setiap kelas menambahkan seri serta menceriakan mesyuarat tersebut. Mesyuarat diakhiri pada jam 12.15mlm.

Ahli dari Kumpulan Pendidikan Legenda juga telah hadir ke M.A.C N9 untuk memberikan sokongan:
Abdul Malik
Nurul Azreen
Nur Izzati
Siti Khadijah
Nur Diana
Muhammad Farid
Ahmad Fahimi

Antara gambar yang ditangkap pada hari kejadian:


Terima Kasih

No comments: