Saturday, April 3, 2010

DEMONSTRASI PENERANGAN KPL 1/2010

30.03.2010
Bertempat di DKA 5/1 Kumpulan Pendidikan Legenda

PSSCMCNS-KPL telah mengadakan Majlis Demonstrasi Penerangan sesi yg pertama dalam tahun 2010. Majlis tersebut telah dihadiri oleh tetamu jemputan daripada cawangan iaitu En. Faisal (NYDP PSSCMCNS), En. Radzif (Ketua Pen. PSSCMCNS), En. Mokhtar, En. Halim, En. Aziwi, En. Fikridin, En. Zaini serta ahli-ahli dari KPM Beranang dan juga Taman Bukti dan tidak lupa Cik Rahiza bt Ranom (Penasihat).

Majlis tersebut bermula pada jam 9.15 malam dan berakhir lebih kurang jam 11 malam. Dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengacara Majlis oleh saudari Nur Izzati dan diikuti dengan bacaan doa oleh saudara Khir. Majlis tersebut diserahkan kepada En. Radzif untuk meneruskan sesi penerangan pula. Penerangan dimulakan dengan adegan sepasang. Setelah selesai penerangan, majlis dimeriahkan dengan adegan skuad demo 6 orang dari cawangan. Majlis diteruskan dengan jamuan dan juga sesi soal jawab. Soalan-soalan yang diajukan kepada tenaga pengajar amat menarik, dan penonton dapat menerima jawapan yang diberikan oleh barisan tenaga pengajar.

Setalah selesai sesi soal jawap. Majlis pun berakhir pada jam 11 malam.

Antara Gambar pada hari kejadian:






*Ribuan terima kasih diucapkan kepada jemputan, penasihat dan pelajar-pelajar KPL yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis kami yang tak seberapa ini. Terima kasih diucapkan.
*Penghargaan kepada ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus untuk menjadikan majlis demo ini menjadi kenyataan.

Terima Kasih

1 comment:

webmaster said...

tahniah.. atas kejayaan mengadakan demontrasi penerangan..

nice works..